Khamis, 5 Oktober 2017

PENUNJUK ATAU PENYELESAI

بسم الله الرحمن الرحيم

BIMBINGAN VS KAUNSELING
=========

Adakah berjumpa kaunselor itu hanya untuk seorang yang sedang sakit mental/jiwa, atau gila dan seumpamnya. jika ada yang mengatakan begitu, jawapan saya ialah tidak akan semestinya berlaku. golongan diatas bahagian psikiatari sahaja yang akan ambil alih. bab psikiatari akan saya ceritakan insyaAllah pada sesi akan datang mungkin jika diberi kesempatan.
.
tugas kaunselor adalah untuk selesaikan masalah yang ada pada seseorang itu. contohnya seseorang itu sedang mengalami stress, biasa-biasa mahupun luar dari biasa, ataupun masalah yang membolehkan kita bertindak egresif atau sukar untuk buat baik atau sebagainya.
maka, cara terbaik adalah pergi jumpa kaunselor. jangan dibiarkan perkara itu menguasai diri nanti parah menanti. anda paham maksud saya ?
.
"alaa, makan ubat penenang pun boleh.. takde susah-susah ulang alik jumpa kaunselor.. membazir minyak je"
.
baik, kalau begitu anda pasti dengan hanya makan ubat tenang itu boleh menyembuh kekusutan yang anda sedang alami ?
.
adakah ubat yang anda makan itu mampu sembuhkan anda buat selama-lamanya ?
.
.
kaunselor itu ibaratnya seperti sebuah cermin. bagaimana kita sedang menghadap cermin sambil sikat rambut, make up, baiki tudung, kopiah dan sebagainya, kita tengok sesuai atau tidak, dah cantik ke belum, dah smart ke ada kurangnya lagi. itulah maksudnya kita pergi sana, kita juga yang selesaikan sendiri masalah itu. bukannya kaunselor itu yang selesaikan. jika ya, itu bukan namanya sesi kaunseling, tapi ia dipanggil sesi bimbingan.
.
.
APA ITU BIMBINGAN ?
========

bimbingan maksud yang mudah paham ialah kita memberi tunjuk ajar, memberi nasihat dan seumpamanya kepada mereka yang memerlukan. contohnya seperti seorang guru. tugasnya mengajar dan terus mengajar sehingga pelajarnya paham, dapat apa yang disampaikan dan berjaya diakhirnya. dari situ kita nampak bahawa bimbingan itu lebih kepada membina diri seseorang kearah yang lebih baik dari biasa.
.
jadi, ada beza ye kedua-duanya. tetapi sangat berkait antara satu sama lain.

Harapnya artikel ini mampu memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat kita semua. jika ada salah dan kekurang yang perlu dibaiki dan di tambah lagi, sila usulkan diruang komen. wallahua'lam.
.
.
.
"ILMU DEMI FAEDAH INSAN"
#PermaiMenulis #IlmuDanAkhlak #Psikologi

moh tengok contoh sesi kaunseling: https://m.youtube.com/watch?v=Z88VSkwjJoU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TEPUK DADA TANYA IMAN (1)

rugi dan sedihlah ada sesetengah dari kita mementingkan atau mendahulukan bab² lain yang juga ya.. ada berkaitan dengan agama, permaslahata...