bukankah ber'sangka baik' itu antara sifat orang yang bertaqwa.. ?
dan timbul pula soalan..
"hmm,, dah tu macam mana nak sangka baik sedangkan kita dah nampak sendiri apa yang dia buat.. ?!"
huhuu...
ini semua berkaitan penilaian kita, persepsi kita terhadap dia. soal hati tidak siapa yang boleh menilai melainkan hanya Allah S.W.T yang tahu apa yang berlaku.
cadangan saya, gunakanlah cara yang ada dalam usrah iaitu 3 rukunnya itu:
1.kenal(ta'aruf)
2.fahami(tafahum)
3.membantu(takaful)
ini antara cara yang sangat berkesan dalam setiap kehidupan individu mahupun kesemua masyarakat dalam usaha untuk bersatu hati, tidak buruk sangka sesama sendiri dan seumpamanya.
bila diri dah kenal, maka kita tahu macam mana perangai dia. dari situlah timbulnya kesefahaman tentang dirinya. bila dah kenal, dah faham... ooohh, barulah ada sikap bantu-membantu sesama sendiri dalam semua perkara.
contoh mudah, dalam perbincangan kita ini berkaitan "bersangka baik", jika kita nampak dia buat perkara yang mengaibkan, maka kita yang dah ada sifat kenal dan faham ini sepatutnya pergi bantu dia bagaimana supaya dia tidak berbuat seperti itu lagi untuk kali yang kedua mahupun seterusnya. dari situ kita sudah mengelakkan diri untuk bersikap 'mazmumah' sikap yang keji disisi Allah S.W.T.
itu barulah dinamakan sahabat, kawan, teman yang betul dan bermanfaat. juga, tidaklah akan keluar kata-kata sumbang seperti "ahh! kau tak payahlah jaga tepi kain aku.." , "ahh! kau ni.... dah macam radio!.." dan blablablablaa.. hahaa
payah dan jarang kita jumpa seorang yang ada dalam dirinya perkataan kenal, faham dan bantu-membantu.
"beruntunglah bagi siapa yang ada".
panjang pula jika saya sentuh berkaitan memilih kawan. mungkin jika tiada halangan saya akan bangkitkan untuk sesi lain. insya-Allah.
maaf yek, jika lari tajuk skek..huhuu
jadinya, bersangka baik ini tidak boleh tidak kita mesti kena ada. kerana lain orang, lain caranya. kerenah, perangai, tabiat, sikap itu menggambarkan akhlak individu seseorang itu. bersangka baik tidak semestinya kita seperti "lembu dicucuk hidung" kemana tuan menariknya, kesitulah ia pergi, apa yang dia buat, kita pun ikut saja walau salah.. bukan, bukan begitu yang dimaksudkan saya. itu sebab saya kaitkan apa yang ada dalam rukun usrah itu perlu diterapkan dalam diri supaya kita tidak jadi seperti seekor lembu tersebut.
sebelum saya akhiri, suka saya katakan, hidup ini tidak akan lari dari soal komunikasi dan interaksi sesama manusia. dari situ ia mengajar kita supaya hidup bergaul dengan orang lain agar kita saling kenal mengenali. tak ingat nama pun takpe, yang penting kita ingat muka dia. dan tidak lah mencapai pergaulan yang terlalu bebas sehingga melanggar batasan syariat. itu saya rasa semua sudah kita maklum akan kesalahannya.
ok, habis...
=========
harapnya isi yang saya sampaikan ini anda dapat fahami dan jelas serta bersama kita amalkan. insya-Allah. segala kekurangan, salah silap mohon diperbetulkan dan dimaafi. wallahua'lam.
..Barakallah fikum .
"ILMU DEMI FAEDAH INSAN"
#PermaiMenulis #SangkaBaik
#RukunUsrah