sering kali kedua-duanya menghantui diri kita betul ? kalau miskin, nanti nak makan apa.. macam mana nak hidup kalau duit tiada.. nak buat itu tak boleh.. nak buat ini pun tak boleh. kalau kita kaya,? hmm gayanya kaya itu tidak begitu menyeramkan berbanding miskin.haha.. semua orang memberi jawapan yang sama iaitu untuk jadi kaya ataupun mudah kata hidup berduit lah senang cerita.huhu
ya, memang itu semua tidak dinafikan bahawa kebenarannya. akan tetapi berkenaan kajian kes yang sudah dibuat, kedua-duanya boleh diatasi dengan seseorang hanya perlu ada dalam diri iaitu ILMU PENGETAHUAN. saya fokuskan dan ulang semula " perlu ada ILMU "
ehh kenapa pula ?!
bagus siapa yang menanya.. kenapa kita mesti ada ILMU ? kerana ilmu itu menjadi satu penyelamat untuk kita. saya buktikan !!
contoh mudah katakan kita tidak berduit, tapi dalam diri ini ada satu kemahiran membina rumah. kita boleh cari siapa yang perlukan pekerja untuk membantu mereka itu dan dari situ kita boleh menjana pendapatan kita.
nampak bukan ?! dengan kita ada ILMU kemahiran membuat rumah itu dan kita manfaatkan ia, secara langsung dan tidak langsung ia memberi makna dan impak yang cukup besar pada diri mahupun orang lain. itulah dinamakan bila kita memanfaatkan segala kelebihan yang ada pada diri ini segala perkara positif akan datang yang mana kita sendiri tidak tahu bagaimana dan berapa serta bila akan menemui kita.
banyak kita jumpa sekarang ini ramai orang telah manfaatkan ilmu yang dipelajari yang diambil dari segala pelusuk bumi dan mereka manfaatkan ilmu itu pada kita semua. dari situ mereka menggunakan peluang mencari hasil pencarian duit poket mahupun isi rumah. nampak ?!! mudahnya sekarang ni buat duit.
Saya mengharapkan artikel yang tidak seberapa ini kita dapat serba sedikit darinya. InsyaAllah mungkin ada sambungnya. wallahua'lam.
"ILMU DEMI FAEDAH INSAN"
#PermaiMenulis
#IlmuDanAkhlak
#PermaiMenulis
#IlmuDanAkhlak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan