Rabu, 20 Disember 2017

TEPUK DADA TANYA IMAN (1)

rugi dan sedihlah ada sesetengah dari kita mementingkan atau mendahulukan bab² lain yang juga ya.. ada berkaitan dengan agama, permaslahatan ummah dan sebagainya, tapi tidak utamakan dan siiringkan pada bab 'Akidah' dalam kehidupan ini.

zaman kini yang tiada sempadan lagi lah sangat perlu kita perkuatkan i'tiqad(pegangan) kita supaya tidak terpengaruh dengan segala fahaman, ideologi yang dibawa oleh musuh-musuh Islam. jika bab akidah ini kita sudah selesai, maka saya jamin untuk diri sendiri dan anda semua bahawa kita boleh bersuka-ria untuk belajar perkara-perkara lain berkaitan hal duniawi dan ukhrawi.

sebut pasal ideologi dan fahaman, antara yang femes sekarang ini adalah "skularisme"  iaitu memisahkan agama dengan kehidupan. satu lagi "liberalisme" iaitu berfikiran bebas yang mahu buat sesuatu mengikut apa yang disukai juga lahir dari fahaman skular tadi. banyak lagi jika untuk di ceritakan disini. mungkin dikalngan anda juga mahir dalam bab ini. utamanya, puak yang mengamalkan fahaman ini segalanya kerana mengikut nafsu dan mudah terpengaruh dan ada lah beberapa faktor lain yang juga penyebab mereka terjebak sama.

na'uzubillahi min zalik...

insya-Allah bersama kita pelihara agama ini supaya kita terselamat dari segala anasir luar yang dapat menggugat keimanan. wallahua'lam.
==========


saya kongsikan sebuah kitab yang masih dalam pengajian pada anda semua...

buku ini berjudul "kubra al-yakiniat al-kauniat" 
oleh:
syahid Sheikh Muhammad Sa'id Ramadhan al-Būti


sebuah kitab yang terkandung dalamnya bab akidah. bahasa yang digunakan juga agak tinggi dan sukar untuk difahami. itu bagi saya lah yang baru berjinak dalam pengajian Usuluddin. doakan saya dan rakan saya yang lain agar dapat tadah segala ilmu yang berkaitan dan dapat sampaikan pada masyarakat diluar sana.

Barakallah fikum...

"ILMU DEMI FAEDAH INSAN"
#PermaiMenulis #Akidah #alQuds4Palestine 

BERSANGKA BAIK MENGIKUT CARA USRAH

bukankah ber'sangka baik' itu antara sifat orang yang bertaqwa.. ?

dan timbul pula soalan..

"hmm,, dah tu macam mana nak sangka baik sedangkan kita dah nampak sendiri apa yang dia buat.. ?!"
huhuu...

ini semua berkaitan penilaian kita, persepsi kita terhadap dia. soal hati tidak siapa yang boleh menilai melainkan hanya Allah S.W.T yang tahu apa yang berlaku.

cadangan saya, gunakanlah cara yang ada dalam usrah iaitu 3 rukunnya itu:
1.kenal(ta'aruf)
2.fahami(tafahum)
3.membantu(takaful)

ini antara cara yang sangat berkesan dalam setiap kehidupan individu mahupun kesemua masyarakat dalam usaha untuk bersatu hati, tidak buruk sangka sesama sendiri dan seumpamanya.

bila diri dah kenal, maka kita tahu macam mana perangai dia. dari situlah timbulnya kesefahaman tentang dirinya. bila dah kenal, dah faham... ooohh, barulah ada sikap bantu-membantu sesama sendiri dalam semua perkara.

contoh mudah, dalam perbincangan kita ini berkaitan "bersangka baik", jika kita nampak dia buat perkara yang mengaibkan, maka kita yang dah ada sifat kenal dan faham ini sepatutnya pergi bantu dia bagaimana supaya dia tidak berbuat seperti itu lagi untuk kali yang kedua mahupun seterusnya. dari situ kita sudah mengelakkan diri untuk bersikap 'mazmumah' sikap yang keji disisi Allah S.W.T.

itu barulah dinamakan sahabat, kawan, teman yang betul dan bermanfaat. juga, tidaklah akan keluar kata-kata sumbang seperti "ahh! kau tak payahlah jaga tepi kain aku.." , "ahh! kau ni.... dah macam radio!.." dan blablablablaa.. hahaa
payah dan jarang kita jumpa seorang yang ada dalam dirinya perkataan kenal, faham dan bantu-membantu.

"beruntunglah bagi siapa yang ada".

panjang pula jika saya sentuh berkaitan memilih kawan. mungkin jika tiada halangan saya akan bangkitkan untuk sesi lain. insya-Allah.

maaf yek, jika lari tajuk skek..huhuu

jadinya, bersangka baik ini tidak boleh tidak kita mesti kena ada. kerana lain orang, lain caranya. kerenah, perangai, tabiat, sikap itu menggambarkan akhlak individu seseorang itu. bersangka baik tidak semestinya kita seperti "lembu dicucuk hidung" kemana tuan menariknya, kesitulah ia pergi, apa yang dia buat, kita pun ikut saja walau salah.. bukan, bukan begitu yang dimaksudkan saya. itu sebab saya kaitkan apa yang ada dalam rukun usrah itu perlu diterapkan dalam diri supaya kita tidak jadi seperti seekor lembu tersebut.

sebelum saya akhiri, suka saya katakan, hidup ini tidak akan lari dari soal komunikasi dan interaksi sesama manusia. dari situ ia mengajar kita supaya hidup bergaul dengan orang lain agar kita saling kenal mengenali. tak ingat nama pun takpe, yang penting kita ingat muka dia. dan tidak lah mencapai pergaulan yang terlalu bebas sehingga melanggar batasan syariat. itu saya rasa semua sudah kita maklum akan kesalahannya.

ok, habis...
=========

harapnya isi yang saya sampaikan ini anda dapat fahami dan jelas serta bersama kita amalkan. insya-Allah. segala kekurangan, salah silap mohon diperbetulkan dan dimaafi. wallahua'lam.

..Barakallah fikum .

"ILMU DEMI FAEDAH INSAN"
#PermaiMenulis #SangkaBaik
#RukunUsrah

Sabtu, 16 Disember 2017

WAHAI SYABAB

sesetengah golongan yang dari segi pemikiran, pemahaman yang secara zahirnya kita melihat ia 'bagus', boleh diterima tapi bila dipandang dua tiga kali sudah jadi 'tidak bagus'.
.
"siapa mereka itu ?"

anda boleh cari sendiri, boleh kaji sendiri siapa mereka..
.
.
hati-hati dengan mereka ini. pendekatan ideologi mereka kekadang tidak kita perasan sudah masuk meresap dalam diri. mungkin saya pernah merasa atau anda juga dan tidak lupa kita semua mungkin terlibat.
.
dunia moden kini yang ditambah lagi manusia, teknologi, cara pembawakan dan segalannya turut tempias dengan era pemodenan ini. sudah pasti cara yang dibawa mereka juga seiring dengan keadaan semasa yang bila dilihat... “ehh ini sesuai...” “hmm betul jugak yek...” dan blablablablaa...
.
sedangkan, jika dibandingkan mengikut 'Perkara Sebenar'nya yakni dalam Islam yang betul bahawa ia boleh jadi t'erpesong' atau bahasa lembutnya 'lari dari landasan'.
.
saya tidak bermaksud ia terpesong dari segi 'akidah', cuma cara pembawakannya saja dari segi pemahaman dan pemikiran.

...dengan itu, untuk selamat dari segala kecelaruan tersebut, maka kembalilah memohon pertolongan dan petunjuk dari Allah S.W.T supaya kita selamat dan bersama samalah dengan orang yang 'سليم' fizikal dan jasmaninya untuk memandu kita kepada Allah S.W.T dan kesejahteraan fikiran.
=============

ok.. saya bukanlah seorang pengkaji, bukan seorang yang dikaji dan bukan juga seorang yang ingin cari pasal atau minta dengan sesiapa. cuma ingin melihat generasi 'Ulul Al-Bab' ini sebagai golongan yang mampu mencerahkan lagi masa depan ISLAM dan menjadi seorang Agamawan yang hebat segalanya dan memimpin Bangsa serta Negara dengan cemerlang, terbilang dan sebagainya. insya-Allah.

"UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG"

"ILMU DEMI FAEDAH INSAN"
#PermaiMenulis #IlmuDanAkhlak
#FikrahIslamiah #alQuds4Palestine

TEPUK DADA TANYA IMAN (1)

rugi dan sedihlah ada sesetengah dari kita mementingkan atau mendahulukan bab² lain yang juga ya.. ada berkaitan dengan agama, permaslahata...